Tujuan yang paling utama adalah untuk memotivasikan diri atau menggerakkan masyarakat supaya jati
diri mereka diaktifkan dan dapat mencapai kejayaan serta keselesaan hidup. Motifnya agar setiap tindakan-tindakan serta langkah-langkah
yang akan diambil sejak dibangkitkan jati diri, merupakan kegiatan positif yang
bermanafaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.
Insan itu sebenarnya terdiri dari dua elemen
utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh manusia terbentuk pada
saat bertemunya sel telur dan sel mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari fikiran, perbuatan, makanan
dan suhu. Keempat-empat energi ini berinteraksi antara satu sama lain dan menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif mendominasi
seseorang itu maka kesihatan seseorang itu akan terganggu. Tafakur atau meditasi adalah satu kaedah latihan mengimbangkan
keharmonian akal dan perasaan. Ianya telah lama diamalkan sejak zaman berzaman
serta merupakan kaedah termudah untuk mengembangkan getaran positif hingga dapat
digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu jalan penyelesaian pelbagai
masalah serta menambah kekuatan memori.
Hasil rumusan dan pengalaman yang mendalam serta maka terciptalah suatu kaedah yang amat
praktikal dalam mengatasi persoalan bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja
iaitu MEDITASI ALAM. Ianya adalah satu
teknik meditasi yang dapat diamalkan oleh semua tanpa dibatasi oleh agama, ilmu ataupun umur. MEDITASI ALAM mengupas RAHSIA MENGUASAI KETENANGAN bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta
harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness ) yang tinggi serta jiwa yang mantap.
Semakin kerap kita melakukan MEDITASI
ALAM semakin kuat pengaruhnya, kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif dan memenuhi persekitaran
akan diimbangi oleh pancaran energi positif sehingga menjadi neutral; pada saat
itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang dapat memberi
kemantapan jiwa serta membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat.