APA ITU MEDITASI?
Tafakur sesaat (meditasi) lebih baik dari ibadah seribu tahun hadith
Nabi SAW
Dalam menghadapi hidup yang semakin kompleks kita sering mengalami situasi yang tidak mengembirakan. Sering kali kita berada dalam tekanan mental yang berlarutan. Stress yang berpanjangan ini merupakan virus bahaya yang perlu dirawat kerana dapat menimbulkan berbagai
macam penyakit yang cukup serius Mereka yang kerap berfikir atau menghadapi tekanan, amat mudah mendapat darah tinggi, sakit
jantung, migrain, menjadi pemarah, cepat penat dan terganggu emosinya.
Meditasi merupakan satu cara untuk mengimbangi emosi negatif dan positif. Meditasi
mempunyai pelbagai definasi yang berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Namun secara keseluruhannya ianya boleh dirumus sebagai
satu komitmen peribadi untuk mencapai pencerahan, kemerdekaan atau penerangan jiwa atau rohani seseorang. Matlamatnya pencerahan,
kemerdekaan atau penerangan jiwa adalah untuk mencapai pelbagai tujuan antaranya
:
I. Meditasi sebagai jalan komunikasi peribadi dengan Yang Maha Pencipta
II. Meditasi sebagai kaedah rawatan / pengubatan penyakit.
III. Meditasi sebagai pemicu serapan daya energi alam.
I.
MEDITASI SEBAGAI JALAN KOMUNIKASI PERIBADI DENGAN YANG MAHA PENCIPTA.
Manusia itu mempunyai sikap suka berlebih-lebihan dalam
banyak perkara dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Apabila harapan dan kehendak tidak dapat dipenuhi maka kekecewaan
akan mendominasi ruang fikiran. Apabila ianya menjadi beban fikiran, dengan perasaan bercelaru kita mula menyalahkan semua
pihak yang terlibat bahkan ada yang begitu berani mempertikaikan keputusan Allah. Justeru itu, Meditasi Alam mengajak saudara-saudara untuk melepaskan semua bebanan fikiran yang menyelubungi diri kita agar
kita dapat mencapai kekusyukkan dan konsentrasi dalam ibadah ataupun pengamalan ilmu dan latihan.
II. MEDITASI
SEBAGAI KAEDAH RAWATAN / PENGUBATAN PENYAKIT.
Migrain, Darah Tinggi, Jantung, Panas Baran, Sombong, Tiada
Keyakinan Diri adalah antara
penyakit dideritai oleh ramai manusia. Hasil kajian mendapati 80%-90% penyakit adalah berpunca dari bebanan fikiran serta
kecelaruan perasaan. Dengan izin Allah Meditasi Alam
dengan rumusan teknik-teknik yang telah terbukti begitu efektif dalam melakukan rawatan pelbagai penyakit medic atau non-medic. Komitmen yang kuat
dapat mempercepatkan masa penyembuhan.
III.
MEDITASI SEBAGAI PEMICU SERAPAN DAYA ENERGI ALAM
Ramai yang mempelajari ilmu bela diri samada
kebatinan atau tenaga dalam gagal dalam menguasai latihan atau keilmuan mereka. Ramai juga cuba bermula dengan mengosongkan
fikiran yang sebenarnya tak mungkin dapat dilakukan. Rahsia untuk meguasai ilmu atau mencapai kemantapan yang jitu adalah
ketenangan namun berapa ramai yang sebenarnya mampu MENGUASAI KETENANGAN
?. Meditasi Alam mengupas RAHSIA MENGUASAI KETENANGAN bagi mereka yang banyak belajar tapi gagal. Maka kebanyakan
kegagalan berpunca dari pengamal itu sendiri. Tukang yang tidak pandai selalu menyalahkan alat-alatnya.