MEDITASI ALAM
Home | Pengakuan | PAKSI JIWA | Apa itu Super-Conscious Mind | Pendaftaran | Kenali Meditasi Alam | Apa Itu Meditasi | Renungan

alam.jpg

Assalamu`alaikum wbt

Hidup di zaman yang serba moden hari ini dikatakan begitu memudahkan namun ironisnya ia juga membawa kepada bebanan mental yang hebat. Ianya memudahkan kerana pada dasarnya semua keperluan hidup manusa dari yang paling sederhana sampai yang paling mewah boleh diperolehi dengan pelbagai cara. 

Meditasi Alam  merupakan usaha untuk menuju ketenangan dalam menegak atau mendirikan kesedaran Ilahi dalam diri manusia. Kursus Tafakur/Meditasi Alam ini bukan untuk kesaktian namun ianya lebih menjurus kepada keselamatan dunia dan akhirat, keselamatan diri sendiri, keluarga dan serta menghilangkan tekanan hidup (stress) serta  untuk kemudahan dalam pelbagai bidang dan sentiasa berada dalam cahaya pencerahan. Kami mengajarkan teknik atau cara paling efektif untuk bertafakur/meditasi, bagaimana megawal fikiran, perasaan dan kesedaran agar mencapai keadaan meditatif yang cepat dan tepat.

MAKA BAGI ANDA YANG INGIN MENDALAMI BIDANG MEDITASI UNTUK KETENANGAN ATAU APA SAJA NIAT ANDA. MEDITASI ALAM ADALAH TITIK MULA PERJALANAN ANDA MENUJU KEDAMAIAN JIWA

KEKUATAN OTOT TIDAK MAMPU MENANDINGI

 KEKUATAN JIWA

untuk keterangan lanjut teruskan melayari lelaman web ini

atau e-mail kami :
meditasi_jiwa@yahoo.com
meditasi-alam@tripod.com

walau di mana anda berada kami sedia membantu anda

Hanya Jauhari Mengenal Manikam